dua bulan terakhir yang ruwet, banyak kerja tertangguh. dan aku terpaksa tutup fb lagi. ada yang sangka kerana "jerebu di grup eee" tetapi sebenarnya tiada kaitan. ini memang soal kerja. aku mesti kurangkan aktiviti di media sosial. hujung tahun banyak benda kena setel.
buat sementara, fahami diamku. selamat tinggal.
pasar yang lagi satu
ini catatan yang amat peribadi. jika anda membacanya, anda ialah insan terpilih. jangan sesekali anda ceritakan kepada sesiapa akan isinya melainkan anda simpan untuk diri anda sendiri sahaja.
Khamis, 1 Oktober 2015
Selasa, 13 Januari 2015
Melawan malas 2
Nak salahkan Twitter dan Facebook sepenuhnya jadi malas ini pun tak boleh juga. Aku tak ada disiplin sebenarnya dalam tahun lepas. Kerja bertangguh dan tak fokus. Kalau aku lebih berdisiplin dan fokus banyak benda boleh siap.
Heh heh!
Heh heh!
Ahad, 11 Januari 2015
Melawan malas
Kalau saja aku rajin tahun lepas, aku boleh hasilkan paling tidak dua atau tiga buku. Itu tidak mustahil kerana aku telah banyak kali melakukannya pada tahun-tahun sebelum ini. Tapi, tahun lepas lain macam. Aku gagal melawan malas. Dua tiga kali aku nyah aktif akaun Facebook dan Twiitter kerana di situ punca kemalasan. Tapi, badan pula rasa lain macam - mungkin faktor usia. Atau, mungkin juga faktor tak jaga pemakanan. Lagipun, tahun lepas aku tak ambil apa-apa "supplement".
Melawan malas ini bukan mudah.
Melawan malas ini bukan mudah.
Sabtu, 10 Januari 2015
Hidup bukan mudah
Hidup tidak semudah yang engkau sangkakan. Kadang kala kau kata ABC, orang tafsir XYZ. Engkau buat yang ini, orang ingat kau buat yang itu. Engkau jadi sukar untuk jadi diri engkau sendiri. Engkau pun berpura-pura sedangkan itu bertentangan dengan diri kau yang sebenarnya.
Hidup ini tidak semudah yang engkau sangkakan. Hidup tidak semudah kata-kata.
Jumaat, 9 Januari 2015
Kata mula
Ini catatan yang amat peribadi. Jika anda membacanya, anda ialah insan terpilih. Jangan sesekali anda ceritakan kepada sesiapa akan isinya melainkan anda simpan untuk diri anda sendiri sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)